Skip to main content

Sikit lagi

I think i must be clear on what i must do for now and future. Yes. We just plan and if Allah wills, it will happen someday insya ALLAH.

Sekarang aku dah tahun 4 officially. Lagi dua semester akan habis belajar.
Subjek yang tinggal cuma :


SEM 1 2019/2020
1-Tilawah&Hafazan 2
2-Tafsir Ayat Ahkam
3-Tarbiyah Watoniah
4-Fiqh Qodo'
5-Fiqh Muqaran
6-Nizom Hukum

SEM 2 2020
7-Qawaid Fiqhiyyah
8-Qodoya Fatawa Muasoroh
9-Asalib bahas
10-Qawaid Lughawi 2
11-Masodir Elektronik
12)Fiqh Jihad
13)Tilawah&Hafazan 3

Kalau ade rezeki, grad semester 2 . Kalau berezeki untuk stay lama sikit, akan grad Soifi. Gap antara dua tu tak lama pun kalau di kira kira. Cuma dua bulan.

Someone said this to me, Farah, you're on your own pace,just enjoy it!



Hampir genap setahun aku tukar takhassus. Rasa usul fiqh ni baru lagi untuk aku serap. Biarpun subjek dirasat pada awalnya hampir sama je,tapi masih lagi belajar dan cuba untuk nampak the whole things dalam takhassus fiqh ni.

Aku plan dalam bulan ni, sebelum berangkat ke Mesir, nak pergi beli kitab kitab fiqh untuk bawa pulang. Baru listkan 2 kitab. Banyak lagi sebenarnya. Tapi tak apa. Aku akan mula balik dari asas. Biar belajar tu, ikut step.Tak terlambat pun. Tapi step ni lah aku tak jumpa jumpa.Ke aku je yang tak cari betul betul?

Haritu pernah tanya Dr Ravi yang datang ke sini melawat anak anak Selangor Jordan. Aku tanya. Kalau lihat sistem universiti, pelajar di beri pilihan untuk pilih subjek. Kadang kadang tak ikut step dan takpakai buku yang sama pun. Kadang kadang tak habis pun belajar. Dr Ravi kata, bila kita dah MA nanti, baru kita akan kaji betul betul dan nampak jelas sebab kita focus on certain topik yang lebih spesific. Untuk pengajian BA ni, kita cuma diperkenalkan dengan kunci kunci yang banyak. Kita akan tahu nanti insya ALLAH. Aku menunggu saat tu. Saat aku dah tak blur dan boleh menghubungkan noktah noktah yang berselirat dalam kepala ni.

Tadi nampak tweet ade sorang hamba Allah ni. Dia kata seronok jumpa kawan kawan dia yang jelas dengan future and know what to do. So dari situ, aku terfikir. From now, i must know what to do even kita hanya boleh merancang. But we MUST plan it!

Take your time and think wisely on what you can contribute to the society and your own self later.

Sampai sini saja. Assalamualaikum :)




Comments

Popular posts from this blog

Syabab kopiah akhowat purdah

Akhir zaman. Orang sekarang banyaknya suka pamerkan simbol kesolehan melalui pakaian. Orang yang dah lama dalam dakwah tarbiah pun pandai pula mengukur keimanan orang dengan tahap labuh mana tudung dan tinggi mana serban seseorang. Stress.  Walaupun menutup aurat sempurna labuh litup, berserban tu semua memang apa yang dianjurkan islam, tapi bagi aku tak adil untuk menghukum semberono.  Sebab semua perlu sekata. Akhlak, adab, ilmu, pakaian.  Sekata.  Kalau pakaian nya kurang elok jangan pula kau pertikai ilmunya. Mungkin dia lebih beramal dari kita.  Kesedaran kemanusiaannya lebih dari kita. Adab dia pada kawan lebih baik daripada kita yang kadang gurau kasar tanpa hirau perasaan kawan. Dan bagi yang berpakaian islamis untuk mengangkat pandangan manusia kepadanya, tolong berhenti. Jangan bagi fitnah pada diri sendiri dan umat islam. Aku sokong perubahan kalian kalau ingin berubah itu niatnya. Tapi belajar lah sekali bagaimana nak hidup cara islam. Apa yang boleh...

Melayu malas?

Isu melayu malas ni dah lama dan jadi hangat kembali bila PM kita qoute semula di twitter baru baru ni.Ramai anak melayu yang marah sebab kita dah usaha bermacam macam sampai ade 2,3 kerja dalam satu masa untuk teruskan hidup. Sebenarnya siapa yang Tun M maksudkan?  Bagi aku, tun bukan bercakap tentang mereka mereka yang yang bekerja buat grab,food panda and etc. This is known as hard labor. Hard labor ≠ Hardwork Kalau kita translate, dua dua bermaksud kerja keras. Tapi ada beza sebenarnya. 2,3 kerja yang kita kita buat ni untuk improve ourselves. The hardwork he meant is actually in professional field. If you do  business, do it professionally and a big scale. Kembangkan. Jangan stay pada satu tahap sahaja.    "Be the best version of yourself."  " Cracking your brain properly on how to win businesses (big companies, not SMEs) and etc, now that requires hard work, presistence, mental strength." Contoh lain, kedai gunting rambut A adalah...

Sehangat Musim Soifi

Assalamualaikum. Lama aku tak menulis kan? Tulisan tulisan ni cuma untuk kenangan diri sendiri. Lagipun mana ada orang tulis blog zaman sekarang ni. Lagi lagi bila instagram,twitter,youtube lebih menyeronokkan dan menjadi pilihan anak muda zaman sekarang. Setiap hari paling kurang sekali dua kita akan buka apps tu. Kalau macam aku, cuti cuti begini, memang asyik refresh je instagram tu. Cuti ni, takde buat apa pun. Nak jalan jalan pun, mana ada duit. Aku tengah saving untuk urusan graduation nanti. Duit dermasiswa baru je masuk. Itupun tak sempat nak happy, kene bayar hutang hutang kawan masa aku takde duit dulu. Jadinya, cukup cukup je untuk kehidupan sampai graduate nanti. Alhamdulillah btw. Syukur. At least balik nanti, aku takde hutang yang perlu di bayar. Just kene cari kerja atau kalau ade rezeki,aku sambung belajar.Insya Allah. (Nanti aku cerita kejap lagi) Kami di sini tengah cuti musim panas.Maka,kawan kawan sepengajian aku ramai yang ambik peluang untuk travel di ...