Skip to main content

Syabab kopiah akhowat purdah

Akhir zaman. Orang sekarang banyaknya suka pamerkan simbol kesolehan melalui pakaian. Orang yang dah lama dalam dakwah tarbiah pun pandai pula mengukur keimanan orang dengan tahap labuh mana tudung dan tinggi mana serban seseorang. Stress.  Walaupun menutup aurat sempurna labuh litup, berserban tu semua memang apa yang dianjurkan islam, tapi bagi aku tak adil untuk menghukum semberono.  Sebab semua perlu sekata. Akhlak, adab, ilmu, pakaian.  Sekata.  Kalau pakaian nya kurang elok jangan pula kau pertikai ilmunya. Mungkin dia lebih beramal dari kita.  Kesedaran kemanusiaannya lebih dari kita. Adab dia pada kawan lebih baik daripada kita yang kadang gurau kasar tanpa hirau perasaan kawan. Dan bagi yang berpakaian islamis untuk mengangkat pandangan manusia kepadanya, tolong berhenti. Jangan bagi fitnah pada diri sendiri dan umat islam. Aku sokong perubahan kalian kalau ingin berubah itu niatnya. Tapi belajar lah sekali bagaimana nak hidup cara islam. Apa yang boleh apa yang tidak. Jangan ambil separuh separuh.

Comments

Popular posts from this blog

Melayu malas?

Isu melayu malas ni dah lama dan jadi hangat kembali bila PM kita qoute semula di twitter baru baru ni.Ramai anak melayu yang marah sebab kita dah usaha bermacam macam sampai ade 2,3 kerja dalam satu masa untuk teruskan hidup. Sebenarnya siapa yang Tun M maksudkan?  Bagi aku, tun bukan bercakap tentang mereka mereka yang yang bekerja buat grab,food panda and etc. This is known as hard labor. Hard labor ≠ Hardwork Kalau kita translate, dua dua bermaksud kerja keras. Tapi ada beza sebenarnya. 2,3 kerja yang kita kita buat ni untuk improve ourselves. The hardwork he meant is actually in professional field. If you do  business, do it professionally and a big scale. Kembangkan. Jangan stay pada satu tahap sahaja.    "Be the best version of yourself."  " Cracking your brain properly on how to win businesses (big companies, not SMEs) and etc, now that requires hard work, presistence, mental strength." Contoh lain, kedai gunting rambut A adalah...

Sehangat Musim Soifi

Assalamualaikum. Lama aku tak menulis kan? Tulisan tulisan ni cuma untuk kenangan diri sendiri. Lagipun mana ada orang tulis blog zaman sekarang ni. Lagi lagi bila instagram,twitter,youtube lebih menyeronokkan dan menjadi pilihan anak muda zaman sekarang. Setiap hari paling kurang sekali dua kita akan buka apps tu. Kalau macam aku, cuti cuti begini, memang asyik refresh je instagram tu. Cuti ni, takde buat apa pun. Nak jalan jalan pun, mana ada duit. Aku tengah saving untuk urusan graduation nanti. Duit dermasiswa baru je masuk. Itupun tak sempat nak happy, kene bayar hutang hutang kawan masa aku takde duit dulu. Jadinya, cukup cukup je untuk kehidupan sampai graduate nanti. Alhamdulillah btw. Syukur. At least balik nanti, aku takde hutang yang perlu di bayar. Just kene cari kerja atau kalau ade rezeki,aku sambung belajar.Insya Allah. (Nanti aku cerita kejap lagi) Kami di sini tengah cuti musim panas.Maka,kawan kawan sepengajian aku ramai yang ambik peluang untuk travel di ...