Skip to main content

Sehangat Musim Soifi




Assalamualaikum.

Lama aku tak menulis kan? Tulisan tulisan ni cuma untuk kenangan diri sendiri. Lagipun mana ada orang tulis blog zaman sekarang ni. Lagi lagi bila instagram,twitter,youtube lebih menyeronokkan dan menjadi pilihan anak muda zaman sekarang. Setiap hari paling kurang sekali dua kita akan buka apps tu. Kalau macam aku, cuti cuti begini, memang asyik refresh je instagram tu.

Cuti ni, takde buat apa pun. Nak jalan jalan pun, mana ada duit. Aku tengah saving untuk urusan graduation nanti. Duit dermasiswa baru je masuk. Itupun tak sempat nak happy, kene bayar hutang hutang kawan masa aku takde duit dulu. Jadinya, cukup cukup je untuk kehidupan sampai graduate nanti. Alhamdulillah btw. Syukur. At least balik nanti, aku takde hutang yang perlu di bayar. Just kene cari kerja atau kalau ade rezeki,aku sambung belajar.Insya Allah. (Nanti aku cerita kejap lagi)

Kami di sini tengah cuti musim panas.Maka,kawan kawan sepengajian aku ramai yang ambik peluang untuk travel di serata dunia.Ada pergi Turkey,UK,Hungary,Poland dan ada yang pulang ke Malaysia. Ya,untuk insan marhaen macam aku, mestilah jelous tengok kawan kawan pergi travel. Siapa tak jelous kan? Tapi im happy with them. Alhamdulillah tuhan beri mereka nikmat travel tengok negara orang dan aku, tuhan bagi nikmat masa lapang yang sangat banyak ni untuk refleksi diri. Banyakkan syukur .Alhamdulillah.
Kata Aida Azlin, appreciate the smallest thing that do you in life.

Be grateful for what you have!

POST-GRADUATE THINGY
Tadi aku macam terdetik nak search tentang post graduate Master in Islamic Finance.
Ade dua tempat yang aku tengok.

1.UITM Shah Alam ( Inspired dengan kisah kak Qis yang dah tamat belajar kat sini. )
2.INCEIF

Dulu aku ade mentaliti yang uitm ni tak bagus. Tapi bila tengok balik,actually Uitm pun bagus. Dia ada connection dengan ibfim kalau tak silap.

Kalau INCEIF pulak. aku dah tengok requirement dia. Boleh apply scholarship. Pointer yang dia nak untuk dia tanggung yuran tanpa elaun is 3.0 dan you must have degree on islamic finance or its equivalent. Aku rasa syarat ni, aku boleh lepas if ade rezeki. Cuma kene fikir transportatation and accomodation lah. Kalau nak dapat full scholarship macam tak lepas je. hmm. Apa apa pun , i'll try every chances yang ada. Insya Allah.

CERITA SEMALAM

Semalam aku isi spreadsheet naqibah. Janggal je rasa. Tapi aku rasa macam dah terlalu lama aku berehat. Almost one year aku tak aktif sangat. Aku just buat kerja mpmmj je. Yang turun padang jumpa orang, jarang sekali. Masa townhall haritu je macam exhausted sikit. Penat dan waktu tu tengah exam week. Bila stop doing kerja persatuan, aku lebih banyak sendirian. Tak jumpa dengam komuniti sini sangat. Banyak stay dalam bilik je. Sampai budak baru pun tak kenal.
So aku aku pun ambil inisiatif untuk join komuniti semula. Jadi ajk multimedia untuk mts sejordan, isi ss fasilitator untuk mts irbid, fasi untuk hayya bil arabiah dan isi ss naqibah tu la. I hope that i can give something before grad hehe. And also learn to face people. Nak kerja kene ade pengalaman jumpa orang,perlu interact dengan orang juga nanti.


Sampai sini saja Assalamualaikum. :)



Comments

Popular posts from this blog

Syabab kopiah akhowat purdah

Akhir zaman. Orang sekarang banyaknya suka pamerkan simbol kesolehan melalui pakaian. Orang yang dah lama dalam dakwah tarbiah pun pandai pula mengukur keimanan orang dengan tahap labuh mana tudung dan tinggi mana serban seseorang. Stress.  Walaupun menutup aurat sempurna labuh litup, berserban tu semua memang apa yang dianjurkan islam, tapi bagi aku tak adil untuk menghukum semberono.  Sebab semua perlu sekata. Akhlak, adab, ilmu, pakaian.  Sekata.  Kalau pakaian nya kurang elok jangan pula kau pertikai ilmunya. Mungkin dia lebih beramal dari kita.  Kesedaran kemanusiaannya lebih dari kita. Adab dia pada kawan lebih baik daripada kita yang kadang gurau kasar tanpa hirau perasaan kawan. Dan bagi yang berpakaian islamis untuk mengangkat pandangan manusia kepadanya, tolong berhenti. Jangan bagi fitnah pada diri sendiri dan umat islam. Aku sokong perubahan kalian kalau ingin berubah itu niatnya. Tapi belajar lah sekali bagaimana nak hidup cara islam. Apa yang boleh...

Sikit lagi

I think i must be clear on what i must do for now and future. Yes. We just plan and if Allah wills, it will happen someday insya ALLAH. Sekarang aku dah tahun 4 officially. Lagi dua semester akan habis belajar. Subjek yang tinggal cuma : SEM 1 2019/2020 1-Tilawah&Hafazan 2 2-Tafsir Ayat Ahkam 3-Tarbiyah Watoniah 4-Fiqh Qodo' 5-Fiqh Muqaran 6-Nizom Hukum SEM 2 2020 7-Qawaid Fiqhiyyah 8-Qodoya Fatawa Muasoroh 9-Asalib bahas 10-Qawaid Lughawi 2 11-Masodir Elektronik 12)Fiqh Jihad 13)Tilawah&Hafazan 3 Kalau ade rezeki, grad semester 2 . Kalau berezeki untuk stay lama sikit, akan grad Soifi. Gap antara dua tu tak lama pun kalau di kira kira. Cuma dua bulan. Someone said this to me, Farah, you're on your own pace,just enjoy it! Hampir genap setahun aku tukar takhassus. Rasa usul fiqh ni baru lagi untuk aku serap. Biarpun subjek dirasat pada awalnya hampir sama je,tapi masih lagi belajar dan cuba untuk nampak the whole things dalam takhassus f...