Skip to main content

Jordan

Assalamualaikum.
Setelah bertahun lama nya tak menulis, akhirnya ada masa juga.
Banyak kenangan aku tak sempat pahatkan di sini.
Mula berkecimpung dalam dunia blog sejak darjah 6 (2010).
Sekarang aku sudah pun berada di Jordan. Tahun 1 Dirasat Islamiyyah.

Aku tiba di sini Oktober 2016. Aku dapat tajaan zakat dermasiswa JAIS. Aku memilih Universiti Yarmouk sebagai sekolah untuk peringkat Ijazah ini.Tak sangka dan rasa tak percaya sebenarnya. Seawal umur 18, aku sudah pun dalam perjalanan untuk menggenggam segulung Ijazah. Jangkaan aku graduate nanti mungkin umur 22 tahun. InsyaALLAH.

Sesampainya di sini, aku di sambut oleh pihak Sambutan Pelajar Baru. First time bertolak dari Queen Alia Airport ke mantiqah Irbid menaiki coaster. Coaster tu rupa dia macam mini bus. Memang tak maju sangat macam Malaysia punya bas (baca: RapidKL) tapi selesa je. Waktu sampai tu dah malam, jadi nya tak nampak sangat pemandangan padang pasir dan keadaan jalan di luar coaster.Kami ketiduran di dalam coaster. Jadi aku sangka yang baik baik je dengan Jordan sebab dah mengantuk sangat. 24jam total masa perjalanan dari Malaysia-Doha-Jordan sangat memenatkan.. Lagipun, sebab dah pernah pergi Umrah dan tahu je suasana tanah arab yang tak bersih macam Malaysia dan ada kekurangan nya lain,maka,aku pun expect less, Esok pagi nya, aku rasa biasa je bila first time jalan di kawasan yang kami di tempatkan walaupun kawan kawan ada cakap juga Jordan tak bersih macam Malaysia. 

Aku dan Maryam (kawan JAIS) , ditempatkan di rumah transit sementara nak dapatkan rumah sewa baru untuk kami. Kami yang JAISians ni sampai 2 hari lebih awal dari kawan kawan yang KPM . Jadi kene tunggu semua sampai,baru boleh aqad untuk rumah .Mereka ni di hantar bawah IPG Malaysia.Biasiswa penuh dari KPM. Semua yang akan sampai pada waktu tu, bakal guru Bahasa Arab di sekolah sekolah menengah seluruh Maaysia.

Aku cuba pasakkan niat pertama kenapa aku datang tak lari dari niat asal iaitu :MENUNTUT ILMU.
Datang sini sebab ini lah dia salah satu bumi anbiya'. Banyak nya tinggalan para sahabat dan di sini juga hidup dan matinya orang orang yang hebat. Aku datang sini untuk dapatkan bahasa arab. Aku harap bila pulang nanti, dapatlah cakap arab denagn lancar.



Sekarang ni, dah masuk tahun baru. 13Januari 2016.Lagi satu paper final exam untuk aku tempuh. Lepas habis exam pada 16Januari nanti, rancang nak jalan jalan Jordan. ok. Bersambung.


Comments

Popular posts from this blog

Syabab kopiah akhowat purdah

Akhir zaman. Orang sekarang banyaknya suka pamerkan simbol kesolehan melalui pakaian. Orang yang dah lama dalam dakwah tarbiah pun pandai pula mengukur keimanan orang dengan tahap labuh mana tudung dan tinggi mana serban seseorang. Stress.  Walaupun menutup aurat sempurna labuh litup, berserban tu semua memang apa yang dianjurkan islam, tapi bagi aku tak adil untuk menghukum semberono.  Sebab semua perlu sekata. Akhlak, adab, ilmu, pakaian.  Sekata.  Kalau pakaian nya kurang elok jangan pula kau pertikai ilmunya. Mungkin dia lebih beramal dari kita.  Kesedaran kemanusiaannya lebih dari kita. Adab dia pada kawan lebih baik daripada kita yang kadang gurau kasar tanpa hirau perasaan kawan. Dan bagi yang berpakaian islamis untuk mengangkat pandangan manusia kepadanya, tolong berhenti. Jangan bagi fitnah pada diri sendiri dan umat islam. Aku sokong perubahan kalian kalau ingin berubah itu niatnya. Tapi belajar lah sekali bagaimana nak hidup cara islam. Apa yang boleh apa yang tidak. Jangan

Melayu malas?

Isu melayu malas ni dah lama dan jadi hangat kembali bila PM kita qoute semula di twitter baru baru ni.Ramai anak melayu yang marah sebab kita dah usaha bermacam macam sampai ade 2,3 kerja dalam satu masa untuk teruskan hidup. Sebenarnya siapa yang Tun M maksudkan?  Bagi aku, tun bukan bercakap tentang mereka mereka yang yang bekerja buat grab,food panda and etc. This is known as hard labor. Hard labor ≠ Hardwork Kalau kita translate, dua dua bermaksud kerja keras. Tapi ada beza sebenarnya. 2,3 kerja yang kita kita buat ni untuk improve ourselves. The hardwork he meant is actually in professional field. If you do  business, do it professionally and a big scale. Kembangkan. Jangan stay pada satu tahap sahaja.    "Be the best version of yourself."  " Cracking your brain properly on how to win businesses (big companies, not SMEs) and etc, now that requires hard work, presistence, mental strength." Contoh lain, kedai gunting rambut A adalah mil