26 Ogos 2017.
Aku rasakan masa yang aku ada sangat singkat. Sudah 1tahun 2hari aku di Irbid, Jordan. Iaitu lebih kurang 367hari aku gunakan untuk menuntut ilmu. Tapi rasaku kosong. Aku selalu cakap yang aku cemburu dengan senior senior di Amman. Sampai muak kawan kawan aku mendengar celoteh aku setiap hari tentang kehebatan senior2 itu. Facebook mereka aku ikuti. Siap letak star pada profile mereka supaya paparan fb akan tunjuk post mereka terlebih dahulu. Aku sukakan ilmu. Tapi aku rasa masih takdapat apa yang aku nak dan hajatkan lepas setahun berada di sini. Aku nak kenal kitab kitab asas setiap takhassus. Tapi belum kenal. Aku cuma kenal madah aqidah(buku fotostat) , sirah(said ramadhan al-buti), tarbiyah, ulum quran (mabahis fi ulum quran), tasyri' dan buku fiqh maqarin untuk zakat, puasa dan haji yang aku belajar dari dr ibrahim jawarneh.Itupun takdapat go sangat sebab kurang juhud. Aku pelik lihat kawan kawan yang lain. Mereka seakan rilek je. (Ke aku yang gelabah?) Sebab banyak perkara perlu grab dalam masa singkat. Nafasku sesak. Aku memikirkan talaqqi yang baru sekali aku pergi. Kelas mana yang aku boleh pergi? Ke aku je yang memilih? Aku kadang takfokus dengan tujuan asal sampai bersimpang simpang dah rasa nya. Aku cuai dalam madah jamiah. Padahal itu lah kunci kunci nya sebelum aku bisa tenggelam dalam lautan ilmu yang lebih dalam tanpa lemas. Aku seperti pengembara hilang peta. Moga aku dapat cepat2 bangun dari lena yang panjang. Walau ada kesedaran tapi tak ada perbuatan, itu semua hanya mimpi. Yang tidak akan bersatu dengan realiti. - Aku yang masih mencari.
Assalamualaikum. Lama aku tak menulis kan? Tulisan tulisan ni cuma untuk kenangan diri sendiri. Lagipun mana ada orang tulis blog zaman sekarang ni. Lagi lagi bila instagram,twitter,youtube lebih menyeronokkan dan menjadi pilihan anak muda zaman sekarang. Setiap hari paling kurang sekali dua kita akan buka apps tu. Kalau macam aku, cuti cuti begini, memang asyik refresh je instagram tu. Cuti ni, takde buat apa pun. Nak jalan jalan pun, mana ada duit. Aku tengah saving untuk urusan graduation nanti. Duit dermasiswa baru je masuk. Itupun tak sempat nak happy, kene bayar hutang hutang kawan masa aku takde duit dulu. Jadinya, cukup cukup je untuk kehidupan sampai graduate nanti. Alhamdulillah btw. Syukur. At least balik nanti, aku takde hutang yang perlu di bayar. Just kene cari kerja atau kalau ade rezeki,aku sambung belajar.Insya Allah. (Nanti aku cerita kejap lagi) Kami di sini tengah cuti musim panas.Maka,kawan kawan sepengajian aku ramai yang ambik peluang untuk travel di ...
Comments
Post a Comment